Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap. Nasi goreng antara faveret menu dalam rumah kami, masak apa saja versi nasi goreng.. semua akan licin berkilat habis sekelip mata! Mungkin sebab lelaki kut, tak cerewet. Apa ibu dia orang masak, makan tanpa banyak soal. Haha..

Kali ni versi nasi goreng udang dengan sayur kobis. Dan, paling saya suka adalah nasi sejuk tu dalam peti ais dah lebih 2 hari. Jadi, nasi goreng akan lebih sedap dan tahan lama..

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap


Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi yang telah disejukkan
9 ketul udang - dibuang kulit
3 biji telur
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
7 tangkai cili padi - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
1 mangkuk kecil Kobis 
Secukup Rasa Maggi

Cara Penyediaan;


1. Goreng udang sebentar, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan naik bau
3. Pecahkan telur dan gaul rata.
4. Masukkan nasi sejuk tadi, kacau rata hingga semua rempah sekata.
5. Perisakan dengan perasa Secukup Rasa Maggi, ikut kesesuaian
6. Masukkan sayur kobis dan udang yang telah digoreng sebelum itu.
7. Nasi goreng udang siap untuk dimakan.

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Udang Simple Dan Sedap

Nasi goreng udang ni, kalau nak buat kena buang semua kulit dia.. barulah selesa nak makan. Kemudian boleh tuangkan sos di atas hirisan timun sebagai ulaman, jika suka.

Masakan kita sedap atau tidak adalah kerana air tangan sendiri. Walau sebiji bahan dan resepi yang digunakan, ia tetap berbeza rasanya. Setuju tak?

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close