Resepi Sayur Bendi Masak Asam. Makan malam tadi saya masak sayur simple iaitu bendi masak asam. Bila dengar tajuk menu tu mesti korang dah terliur, kan? Kami pun first time makan. Sedap pulak tu. So saya share resepi kat sini untuk korang yang tak pernah memasak menu ini tetapi nak cuba.
Lauk atau sayur yang amat simple tetapi sesuai dimasak jika korang tak ada selera makan. Lepas tu makan dengan ikan kering atau ikan goreng. Memang lazat!! Cubalah..
Resepi Sayur Bendi Masak Asam
Bahan-bahan:
1 bungkus bendi - potong serong
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili hidup - hiris
2 sudu teh air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
2 biji tomato - hiris kasar
Cara Penyediaan Resepi Sayur Bendi Masak Asam
1. Tumis semua bahan hiris hingga garing. Masukkan sayur bendi dan goreng rata hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Jika kuah masih pekat, tambah sedikit air.
3. Masukkan tomato. Kacau hingga masak.
4. Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
Kalau suka kuah lebih untuk hirup, boleh lebihkan air dan asam jawa. Kuah dia rasa segar je..
Anda boleh share entri ini , saya izinkan. Semoga kita semua dapat memasak menu kesukaan keluarga... 🖤
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.