Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Udang Masak Lada Hitam

Udang Masak Lada Hitam. Resepi kali ini bertemakan udang, iaitu udang masak lada hitam. Atau blackpepper. Anda boleh cuba resepinya seperti yang di kongsikan di bawah.

Udang Masak Lada Hitam

Udang Masak Lada Hitam

Udang Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

500 gm udang bersaiz besar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu teh garam
1 sudu teh jus lemon
minyak untuk memasak

BAHAN UNTUK SOS BLACKPEPPER :


1 sudu besar minyak sayuran
2 ulas bawang putih - dimayang
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
200 ml air masak
bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan:


1. Goreng udang sebentar, angkat & dan ketepikan

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau.

3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, sos lada hitam serta sedikit air serta bahan perasa.

4. Apabila telah mendidih, tuangkan ke atas udang yang telah digoreng tadi.

5. Siap untuk dihidang.

Udang Masak Lada Hitam

Boleh hiaskan dengan daun sup atau daun bawang. Makan dengan nasi putih panas-panas.

Udang Masak Lada Hitam

Selamat mencuba udang masak blackpepper. Cara penyediaannya amatlah mudah, cuma harga udang yang tak murah. Itu je nak cakap.. hehe

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close