Sarapan Nasi Kerabu Dan Kuih Lopes. Sarapan apa hari ni uols? Kami breakfast beli je, benda dah ada depan mata. Tak perlu susah payah bangun pagi. Start kereta jap dah boleh dapat sarapan menu pantai timur. Kalau nak ikut nafsu, memacam nak dibeli. Tapi ingat balik, nanti tengahari nak kena makan lagi. Hehe..
Menu hasil masak di dapur orang hari ni adalah kuih lopes dengan nasi kerabu. Lain-lain ada juga beli karipap sardin dan kuih gendang kasturi @ kuih kacang.
Inilah nasi kerabu dan kuih lopes yang dibeli tadi. Keseluruhan makanan yang dibeli tadi kategori sederhana je rasanya. Mungkin boleh diperbaiki lain kali.
Bagi korang jika mengalami situasi begini, apa akan dilakukan? Adakah buang terus nasi kerabu tu tapi makan ayamnya. Atau anda make over sendiri? En suami dia makan dengan kicap. Hihi.. habis juga nasi tu.
Walau apa pun, jika berniaga hendaklah rasa dulu segala bahan dan sos yang nak di buat jualan. Itu amanah tau, jika tidak rezeki tak berkat. Dalam kes kami, kami dah lepaskan.. bukan rezeki nak makan nasi kerabu yang sedap 😁
Okay dah, bebelan hari ni, Bye!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.