Sarapan Nasi Lemak Ayam Yang Simple. Set nasi lemak ayam yang tak berapa nak lengkap hidangan sarapan kami pagi ni. Oleh kerana datang restoran pun dekat 10.30 pagi.. maka hadaplah apa yang tinggal. Dapatlah nasi lemak yang tak berapa lengkap 😂
Kalau tengok gambar nampak menyelerakan, kan? Alhamdulilllah. Tapi tak de timun dan telur. Biasanya kami order nasi lemak, siap ada telur. Bila nak tambah ayam, masuklah ayam. Telur tu memang set asas nasi lemak. Betul tak?
Tapi mungkin sekarang telur dah mahal, so peniaga nasi lemak hanya letak sambal, ikan bilis + kacang. Timun pun kena ada kan? Tapi kali ni kami dapat set nasi lemak minimalis..
Dapat makan pun dah bersyukur, apa lagi nak complen?? Hehe.. kita terima dengan lapang dada.
Kalau nak nasi lemak lengkap dengan lauk dan ulaman, buatlah sendiri. Letak apa korang nak, duit sendiri, masak sendiri. Begitulah peraturan kehidupan sekarang.
Renung-renungkan sambil sarapan.. ✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.