Sarapan Roti Canai Pada Cuti Awal Muharam. Cuti umum ini kami ambil kesempatan breakfast di luar. Selepas cuci baju dan kemas rumah sekejap, mandi dan bergegas keluar dalam pukul 9.45 pagi. Ikut rancangan, jika sarapan dah habis kita orang akan cari barang dapur dulu dan kemudian terus cari lunch.
Alhamdulillah, tiba di warong kegemaran semua menu masih ada. Roti canai garing rangup pun ada. Nasi lemak ayam pun masih banyak lagi. Dan, soto nasi juga belum habis. Mungkin owner warong dah ready dengan permintaan di hari cuti umum. Maka, semuanya disediakan secukupnya.
Roti canai rangup garing in the house!! Ada 3 pencicahnya iaitu sambal tumis, dalca dan juga kari ayam. Korang cicah mana je la yang korang suka.
Order macam-macam.. Semua memang penambah gula dan kalori. Siap pesan masing-masing kena lari 2 km kalau nak buang semua tu.. yang penting makan dulu?! Betul tak?
1 Comments
Salam maal hijrah
ReplyDeleteselamat bersarapan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.