Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tafakur Dapat Meningkatkan Tauhid

TAFAKUR bermaksud renungan/ berfikiran dengan mendalam. Tafakur adalah salah satu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mengenali Allah secara mendalam.

Amalan ini bukan hanya meningkatkan Tauhid kita kepada Allah swt, tetapi dapat membenarkan Al Quran & Hadis kerana didalam Tafakur terdapat rahsia Allah yg akan diberi petunjuk kepada mereka yg berkehendak dan ikhlas.

Tafakur Dapat Meningkatkan Tauhid

Tafakur Dapat Meningkatkan Tauhid


Dlm Surah Ali-Imran 290-291.

Allah berfirman:

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang berakal iaitu orang yg mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau berbaring dan mereka berfikiran tentang kejadian langit dan bumi (zahir dan batin).. lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami tidak lah engkau jadi ini semua dengan sia2, maka peliharalah kami dari siksa Neraka Mu.

Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya untuk bertafakur. Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Renungkanlah apa yang telah diciptakan Tuhan, tetapi jangan kamu renungkan bagaimana keadaan Tuhan itu, sebab dugaanmu takkan sampai ke situ”.

Ali Bin Abi Thalib berkata : Tiada ibadah yang sepadan dengan tafakur.

Beberapa ulama makrifat berkata : Tafakur adalah pelita hati, jika tafakur hilang pada diri seseorang, maka hilanglah pelita hatinya.

Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.... Aamiin 🤲*
 
Admin hanyalah berkongsikan entri TAKAFUR dan membacanya sebagai salah satu ilmu baru untuk dijadikan panduan hidup. Sama-sama kita hayati perkongsian ini, okay 👌

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close