5 Nasihat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas. Siapakah Ibnu Abbas? Ibnu Abbas atau Abdullah Ibnu Abbas ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib serta isterinya, Lubabah binti Harith. Beliau juga merupakan ulama dalam bidang pemahaman Al-Quran.*wikipedia
5 Nasihat Rasulullah kepada seorang kanak-kanak yang namanya Ibnu Abbas
Nasihat sewaktu Ibnu Abbas berada di belakang Rasulullah, sewaktu Rasulullah membonceng beliau. Masih kecil umurnya.
1. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu
2. Jagalah Allah, nescaya kau dapati Dia di hadapanmu
3. Jika engkau ingin meminta, mintalah pada Allah.
4. Jika engkau ingin memohon pertolongan, pohonlah pada Allah.
5. Seandainya seluruh umat manusia bersatu untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat itu kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya jika mereka berkumpul untuk menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka mereka tidak akan dapat menimpakan kemudaratan kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu.
- Hadis Riwayat Tarmizi
Marilah sama-sama kita sampaikan nasihat tersebut kepada anak-anak kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.