Buah Yang Rendah Kalori. Ingat makan buah senang ke? Nak kena tahu juga buah manakah yang bagus untuk dimakan setiap hari. Atau buah yang mana pula sesuai untuk wanita dalam pantang? Namun, di bawah ini, saya hanya berkongsikan buah-buahan yang rendah kalori. Buah yang rendah kalori tak semestinya ia juga berperanan dalam memberikan khasiat pada tubuh kita. Ia bergantung kepada buah apa yang kita ambil untuk mendapatkan khasiatnya yang bersesuaian. Contohnya pisang. Ia amat bagus untuk pencernaan tetapi ia tidaklah termasuk dalam buah yang rendah kalori. Jadi kita akan makan pisang pada waktu yang kita perlukan.
Berikut adalah senarai buah-buahan yang rendah kalori;
Buah Yang Rendah Kalori
1. Aprikot = 48 kalori/ 100gm
2. Plum = 46 kalori / 100gm
3. Apple = 52 kalori / 100gm
4. Kiwi = 61 kalori/ 100gm
5. Rasberries = 53 kalori/ 100gm
6. Cantaloupe = 34 kalori / 100gm
7. Watermelon = 30 kalori / 100gm
8. Strawberries = 32 kalori / 100gm
9. Peach = 39 kalori / 100gm
10. Balckberries = 43 kalori / 100gm
11. Grapes = 67 kalori / 100gm
12. Pineapples = 50 kalori / 100gm
Ini lah senarai buah-buahan yang mengandungi kalori yang rendah dan amat sesuai di ambil pada bila-bila masa, jika suka.
Ia juga bagus dijadikan snek harian bagi menggantikan junk food @ makanan ringan dan juga kuih muih berminyak dan manis-manis belaka.
Namun begitu, memang ia rendah kalori tetapi ada juga buah-buahan lain yang sesuai untuk tujuan lain seperti pencernaan, detoks dan lainnya yang tidak terdapat pada buah-buah yang disenaraikan di atas.Jadi, kita kena cari ilmu jika nak tahu buah-buahan dan khasiatnya yang berlainan dan bergantung kepada keperluan tubuh.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.