Doa Rasulullah Penyembuh Segala Penyakit. Ketika keluarganya sakit, beliau mengusapkan tangan kanannya (di bahagian yang sakit) seraya membaca doa ini. HR. Bukhari
Dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW biasa meruqyah (dengan meminta perlindungan dari Allah) kepada sebahagian keluarganya dengan mengusapkan tangan kanannya sambil berdoa khusus.
Apakah doanya itu? Sila baca sampai bawah ya..
Doa Penyembuh Segala Penyakit Dari Rasulullah
Apakah bacaan doanya? Jom sama-sama amalkan seperti di bawah:
Bacaan doa dalam rumi:
1. Allahumma rabbannaas
2. Azhibil ba'sa
3. Ishfihi antasyaa fii
4. Laa syifa'a illa syifaa 'uka
5. Syifa an laa yugho diru saqama
Maksudnya:
1. Ya Tuhanku, Tuhannya manusia
2. Hilangkanlah penyakitnya
3. Berikanlah dia kesembuhan kerana Kau adalah Penyembuh
4. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau
5. Dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit
Aamin .. Aamiin.. Aamiin yarabbal'alamiin
Jadi, cara amalan adalah dengan mengusap tangan kanan di tempat yang sakit sambil membaca doa di atas.
Semoga bermanfaat dan dapat menyembuhkan penyakit yang dialami.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.