Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kewajipan Anak Lelaki Seumur Hidupnya

Kewajipan Anak Lelaki. Ada kewajipan anak lelaki yang kena lakukan seumur hidupnya. Bukan tanggungjawab anak perempuan ya. ANAK LELAKI! Ini bukan kami yang kata tetapi AL QURAN dah tulis begitu. Itu adalah perintah Allah. Ia bukan suka-suka orang tulis atau ustaz yang reka cerita. Para ulama' pun ada ceramah benda ini. 

Kenapa anak lelaki? Bukan anak perempuan. Kerana secara asal kejadian lelaki adalah orang yang kuat mental fizikalnya. Lagi pula lelaki diberikan keistimewaan kecerdasan akal fikiran berbanding wanita yang boleh dikatakan banyak menggunakan emosi ketika melaksanakan sesuatu urusan. 

Kedua-duanya lelaki dan wanita adalah makhluk Allah yang sempurna tetapi dianugerahkan tanggungjawab menjaga kedua orang tua apabila mereka telah uzur adalah sejenis PENGHORMATAN tertinggi buat mereka. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua dalam menyemai bakti sehingga ke akhir hayat.

Kewajipan Anak Lelaki Seumur Hidupnya
Sumber: mingguan wanita

Kewajipan Anak Lelaki Seumur Hidupnya 


Baca betul- betul dan renungkan:

1. Bertanggungjawab nerawat kedua ibu bapanya ketika sudah tua dan uzur. -(aal-Isra' : 23)

2. Menanggung nafkah ibu bapanya ketika mereka sudah lanjut usia dan tidak ber daya. (al-Baqarah : 215)

3. Menjadi pelindung bagi isteri, adik dan kakaknya. (An-Nisa : 34)

4. Memimpin solat jenazah kedua ibu bapanya ketika mereka meninggal dunia dan memasukkan jenazahnya ke liang lahad.

Jadi, sebagai ibu bapa yang masih sihat.. sampaikanlah pesanan dan nasihat ini kepada anak-anak lelaki kita. Kewajipan atau tanggungjawab ini Allah yang suruh buat. Maka, buatlah apa yang Allah suka, nescaya Dia berikan pula apa yang kita suka. Allah Maha Baik. 

Namun jika dalam keluarga ada adik beradik yang ramai lelaki dan wanita, seeloknya buatlah perbincangan bersama agar perkara yang berat dapat menjadi ringan dan yang sukar menjadi lebih mudah. Kerjasama itu penting.

Insya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close