Makan Petang Dengan Menu Nasi Kandar. Hai uolss, dah makan petang @ malam hari ni? Apa agaknya menu korang ya? Dalam fikiran saya sebenarnya hari ni nak pekena nasi ayam pandan. Nasi ayam utara. Macam-macam la.. yang penting nasi ayam. Tapi on the way balik rumah selepas ambik anak bujang balik dari asrama.. jalan sana sini semua dah jem. Maka beralih arah la nampaknya menu kita orang hari ni. Kita pekena nasi kandar je..
Kalau nasi kandar, korang mesti terbayang lauk dan kuah berlambak atas nasi kan? Bagi kami pulak lain cara. Kami ambik 2 lauk dan tanpa sayur. Sebab semua sayur yang dijual macam tak boleh nak masuk tekak.. hehe
Jom layan gambar ya..
Lamb shank menu untuk suami. Kemudian dia ambil telur sotong dan sayur. Itu je.. kuah kurma, hihi
Saya dengan anak bongsu ambil ayam sambal korea dengan seketul udang goreng tepung saiz besar. Ayam dia memang besar saiznya.. patutlah harganya pun agak besar.. hehe
Oh ya, air pula kami order 2 jus oren dan satu ice blended mix fruit. Settled semua dan kami teka teki berapa harga agaknya kena caj? Untuk semua makanan dengan minuman yang kami order harganya adalah RM111.40. saya sempat bergurau dengan suami, lamb shank dia je entah-entah dah RM50. Mungkin? Yang penting dia yang bayar.. makan lah apa nak di makan. Betul tak?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.