Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kepda kebaikan dan berpesan-pesan kepada kebenaran.
Rugilah orang yang menghabiskan waktu pada jalan yang sia-sia. Rebutlah 5 waktu sebelum datangnya 5 perkara. Waktu muda sebelum tua, waktu sihat sebelum sakit, waktu kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum sempit dan waktu hidup sebelum mati!
Renungkan! Demi Waktu!
Masa tak pernah tidur. Yang tidur hanyalah kita, olehitu ramai yang mengeluh 'tak cukup masa' sedangkan kita sendiri yang suka buang masa.
Masa adalah kehidupan maka sesiapa yang buang masa dengan perkara yg tak berfaedah, dia seolah-olah sedang membunuh diri.
Masa mampu jadikan kita hebat & boleh jadikan kita itu hanyut. Masa bolih jadikan hati kita itu hidup @ mati.
Hanya dengan masa, kita bolih masuk Syurga @ Neraka. Ia terletak bilamana kita gunakan masa dengan sebaik mungkin.
Masa ada 24 jam. Ada orang dengan 24 jam itu dia boleh buat macam2. Ada orang, dia hanya tahu komplen kata tak cukup masa. Para nabi, sahabat & ulama habiskan masa 24 jam dengan perjuangan, jihad, dakwah, tarbiah & sebagainya.
Oleh itu mereka mampu jadi Orang Hebat. Kita hari ini banyak buang masa. Habis masa terbuang dengan benda2 yang tak manfaat untuk iman & islam. Jangan kita menyesal nanti kerana banyak buang masa.
Ya Allah dapatkanlah aku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa. Apabila aku perlukan masa, masa akan panjang... Aamiin
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.