Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Simple. Inilah lauk kami hari ini. Simple 2 in 1. Ada lauk dan sayur sekali. Bila dapat kat si bongsu, dia kutip ayamnya je, sayur tak makan. Maka, jalan terbaik adalah asingkan siap-siap lauk untuk dia dan yang lainnya.
Resepi kali ini adalah resepi ayam goreng kunyit kesukaan ramai, bila makan di restoran selalu jugak mintak ayam goreng kunyit. Ada kala termasin, ada pula bagi cebisan ayam cuma 5 ketul, yang selebihnya adalah buncis atau kacang panjang dan bawang. Sakit hati tau..
Jadi nak untung, buatlah sendiri. Betul tak?
Bahan-bahan:
Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Simple
1 mangkuk isi ayam, potong dadu, perap dengan garam dan kunyit
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
1 inci halia - hiris
1 mangkuk kacang buncis - hiris
Garam dan perisa secukupnya
Cara penyediaan ayam goreng kunyit simple
1. Goreng ayam hingga rangup dan toskan.
2. Tumis segala bahan hiris kemudian baru masukkan kacang buncis. Tumis hingga kacang nampak masak.
3. Kemudian perisakan dengan garam dan secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata.
5. Dah masak, boleh dihidang bersama nasi panas.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.