Resepi Kek Cheese Leleh Mangga Cikgu Azlina Ina. Siapalah tak kenal denngan Azlina Ina pakar buat kek dan dessert tu? Ada banyak resepi yang sering dibuat, asalkan sedap saya beli. Kali ni resepi dari Cikgu Azlina Ina yang dah viral haritu.. terus share kat blog masakan Kisah Resepi supaya boleh dijadikan bahan rujukan nak buat kek lain kali. Kalau uolss nak copy paste boleh je, tak marah pun. Kita baik ramai sayang.. hehe
Ini adalah bagi resepi untuk portion atau setakat 6-7 bekas ya, tak de la bancuh banyak2 membazir nanti Kek cheese leleh mangga viral 😀😀
Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok 👌👌
Resepi Kek Cheese Leleh Mangga Cikgu Azlina Ina
Bahan-bahan:
3 biji telur ( gred A atau b)
1/2 cawan gula halus 100g
1 sb ovalate
1sk pewarne kuning lemon ( jgn ko cari lemon pewarne die nama kuning lemon kang tau2 dah jd kek lemon pulak😂 ah ko bukan betul sgt🤣
1sb cordial mangga (nutrifres) kalau xde xyah nangis boleh je pakai sunquick mangga
1sb perasa mangga ( bakery ade jual)
mix smpai gebu
bahan di ayak,
1 cawan tepung gandum (110g)
1sk cream off tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
ok dah ayak kan masuk dalam adunan yg di mix td.
Tambah berselang dgn 1/2 cawan minyak jagung isi dalam bekas sq 450 50g dapat 7-8 bekas
lapik permukaan bekas dgn plastik wrap
Kukus 8 mnt dah masak tebalik kan
Topping die 500g cream cheese tatura
1/2 tin @ 1 cawan susu pekat dairy champs ( ikut tekak korg 1 cawan whipping dairy royal victoria @ shani @ greeenfield (250g)
1cawan 1/2 susu segar ducth lady atau marygold (350-375g)
2 sb pati sunquick mangga nutrifres
blender semua
Semua sebati tuang atas kek dan cucuk2 pakai garfu
Parut cheddar (guna hanya beqa kalau jenama lain masin lantak korg😂 lepas tu sejuk kan atau beku kan dulu
Tujuan dia nnt korg potong mangga tak la mangga tu tenggelam ke dasar laut dalam mcm diet ko tu 😂😂
Nak makan atau org beli baru potong kan mangga dadu2, jenis mangga sesuai.. mangga susu, mangga lemak, water lyly black gold
Paip kan deco filling mangga, kedai bakery ade jual
Semoga resepi ni dapat membahagia kan dan menambah kasih syg keluarga aminnn
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.