Segar Rasanya Dapat Hirup Air Batu Campur Dalam Cuaca Panas. Siang tadi cuaca agak panas, maka kami pergi beli ABC yang tak jauh dari rumah. Lega betul rasanya. Dekat setahun jugak tak makan ABC. ABC kisar halus memang ngam dan tak bosan nak minum. Baru betul ABC namanya.. hehe
Saya seorang yang amat gemarkan buah kabung yang putih licin tu. Saya boleh makan ngadap 1 mangkuk buah kabung. Memang syiok!! Tadi saya mintak air batu campur (ABC) dengan lebih buah kabungnya. Penjual tu baik je, dia kasi bersudu-sudu. Nak bayar lebih dia tak mau terima.. alhamdulillah semoga dilimpahi rezeki wahai orang baik..
Beli 2 mangkuk sebab kat rumah pun berdua je.. kemudian sempat beli karipap kentang dan keropok lekor kat gerai sebelah. Semua pun sedap-sedap belaka.
Nampak tak tu buang kabung memenuhi mangkuk ABC saya. Sedap sangat, rasa manis dan susu cukup sebati, tak kedekut isi dan kekacang di dalamnya. Ada jagung dan cincau jugak. Satu mangkuk tu RM4.00 je.
Alhamdulillah. Semoga korang pun dapat rezeki macam kami ye..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.