Senarai Door Gift Terbaik Untuk Semua Majlis. Door Gift atau orang kita panggil buah tangan atau pun cenderahati merupakan perkara kecil tapi agak memeningkan bila tiba masanya dan nak dihadiahkan kepada para tetamu. Masa itulah kita berjalan dari satu kedai ke satu kedai nak mencari harga terbaik dan murah tetapi dalam masa ysng sama doorgift tersebut mestilah cantik. Betul tak?
Apakah kriteria doorgift paling anda cari? Mari kita kongsikan sama-sama.
1. Murah
2. Praktikal
3. Cantik
4. Mudah didapati
5. Simple
Bila kita memerlukan doorgift yang banyak, kita pasti akan mencari yang murah tetapi tetap cantik. Namun, jika mencari door gift untuk majlis eksklusif, kita kena lah sesuaikan juga agar ia bertepatan dengan tema.
Senarai Doorgift @ Cenderahati Terbaik Untuk Semua Majlis
Saya cuba senaraikan doorgift yang paling dicari dan selalu dilakukan. Doorgift yang sesuai untuk semua majlis terutamanya perkahwinan, aqiqah, harijadi dan majlis perpisahan guru di sekolah. Pilihan adalah subjektif.
1. Telur pindang @ telur rebus yang dibalut dalam kotak comel
2. Sejadah kecil (sejadah muka)
3. Gelas bercorak di dalam kotak
4. Coklat - ditempah khas
5. Mug diikat dengan reben, dengan nama pengantin (mungkin?)
6. Tuala kecil dalam bekas ditempah
7. Goodies / kuih raya dalam balang comel
8. Buku Yasin / himpunan doa
9. Kicap saiz comel dalan kotak
10. Sepasang sudu dan garfu
11. Mangkuk melamin dalam kotak lutsinar
12. Hampers box untuk majlis VIP
13. Pasu bunga hiasan
14. Minyak wangi saiz kecil
15. Pewangi kereta
16. Barangan mekap dalam bekas rotan - untuk majlis harijadi
17. Lilin aroma tetapi
18. Mangkuk sup seramik
19. Canvas pouch bag dengan wangian bunga kering
20. Tasbih dan sejadah muka
21. Sabun homemade
22. Cermin poket dengan tulisan nama pengantin
23. Teh @ kopi dalam bungkusan comel
24. Portable blender
25. Jewellery box
26. Madu dalam botol unik
27. Candy box
28. Pelitup muka
Antara senarai di atas, yang mana satu pilihan anda? Ditempah khas dengan tema sesuatu majlis atau nama pengantin atau beli random di mana-mana kedai barangan harian atau jualan gudang yang jauh lebih menjimatkan?
Pilihan adalah di tangan anda. Tengok bajet kewangan dan juga anggaran item yang diperlukan untuk sesuatu majlis.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.