Sengaja Sembunyikan Amalan Baik. Allah cinta hambaNya yang sembunyikan amalan baik! MasyaAllah. Adakah kita begitu? Suka bersembunyi dalam beramal. Biar kita tak viral di dunia tetapi nama kita popular di segenap penghuni langit. Subhanallah...
Apa guna kita saling berlumba, menunjukkan amalan baik yang hanya mendatangkan fitnah dan perbalahan. Tak ada faedahnya jika kita beramal tetapi menyebutkannya di merata alam. Ditakuti ia hanya sekadar amal penat yang kosong ganjarannya. Siapa yang akan rugi? Tentulah diri sendiri. Kerana dalam beribu amalan yang kita lakukan, tak tahu yang mana satu Allah angkat ke langit dan menjadi ladang pahala. Renungkanlah!
Allahumma Solli Wasallim Ala Saiyyidina Muhammad saw...
Sengaja Sembunyikan Amalan Baik
Hendaklah setiap kita berupaya memiliki (walau) satu dua amal tersembunyi. Hanya kita dan Allah saja yang tahu ... baik solat malam, sedekah, puasa sunnah atau lainnya. Sesungguhnya Allah Cinta Hambanya Yang Sengaja Sembunyikan Amalan Baik.
1. Allah Cinta
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ
Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, sentiasa merasa cukup dan tersembunyi dalam beramal.
(HR. Muslim: 2965)
2. Terkenal Tak Dikenal
Abdullah Ibnu Mas’ud radhiyallahu 'anhu menasihatkan:
"Jadilah kalian orang yang terkenal oleh para penghuni langit namun tidak dikenal segenap penduduk bumi."
Boleh jadi ia yang permintaannya di kalangan manusia tidak diterima. Namun kala berdoa mudah terkabulkan. Kerana Allah cinta padanya.
Semoga Allah menjadikan hati kita hati yang bersih dan menjadikannya hati² yang ikhlas. Hanya Allah yang memberi taufik. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat riyak .... Aamin.
Insya Allah..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.