Beli Handbag Coach Pre Order Tunggu 3 Bulan Baru Dapat. Saya memang suka beli handbag sebab suka tukar-tukar pakai. Bila pakai satu jenis handbag je dalam masa sebulan.. ia macam tak memberikan inspirasi pulak. Itu lah sebabnya saya akan tukar pakai semua handbag saya mengikut mood. Jika mood baik, saya akan guna handbag yang paling mahal.. haha
Kali ni saya beli Coach Theo Tote in Brass/ Black. Harga RM1,600. Orang kata tote bag mahal gitu, tapi saya puas hati dengan kualitinya. Bila bag sampai tadi, terus unboxing. Perincian dalam dia memang kemas, kulit yang berkualiti dan luar bag tu lembut je bila disentuh. Bag/ tote ni saiz besar. Kalau korang ada anak kecik, boleh masuk segala benda..
Kali ni saya beli pre order pulak. Yang ini kena sabar sebab bayar dulu, barang dapat kemudian. Masa menunggu lebih kurang 8 - 12 minggu. Siapa sanggup, boleh order. Kalau tak sanggup tunggu, kena lah beli ready stock punya. Simple je..
Start pre order bulan Jun 2023. Handbag sampai kat tangan 13 September. Korang rasa lama tak lama? Hehe..
Jom layan gambar handbag/ tote Coach yang saya baru terima.
Coach tote bag warna hitam sesuai di gunakan untuk ke mana saja. Nak shopping, pegi mesyuarat, masuk kuliah dan banyak lagi. Boleh campak apa saja dalam tu.. wanita kan suka bag besar-besar. Betul tak?
Kalau korang suka bag berjenama dan original tapi harga berpatutan, boleh je search di Google atau IG, ada ramai personal shopper yang jujur yang boleh merealisasikan impian anda.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
wah bestnyaa. dapat merasa pakai coach. eh kita sama la. pakai beg sampai bosan. tp kalau xmemberi apa2 keyakinan mesti tukar beg lain. kalau semua beg membosankan akan beli beg lain walhal beg dah banyak. pakai nya 1 je HHHAHAH. perempuan perempuan. complicated sangat
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.