Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai

Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai. Marilah sama-sama kita manfaatkan hari Jumaat yang mulia ini dengan amalan yang baik-baik. Seperti bersedekah, bercakap perkara yang baik-baik je dan melakukan amalan sunnah yang digalakkan. Semoga kita semua terpilih sebagai hambaNya yang dikasihi.

Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai


DOA PADA PAGI HARI JUMAAT


*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..
Di pagi Jumaat yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon, permudahkanlah segala urusan kami baik dalam urusan agama, duniawi dan ukhrawi. Lancarkanlah lisan kami agar mereka mengerti ucapan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap dugaan dan ujian kehidupan yang mendatangi kami.

Ya Allah, kurniakanlah kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam kehidupan kami. Akhirilah hidup kami dalam husnol khotimah.

Ya Allah, peliharalah ukhwah antara kami semua hingga ke jannah dan akhirnya tempatkanlah kami semua di dalam Syurga FirdausMu.

Ya Allah jadikanlah hari Jumaat yang penuh barokah ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi kami dari segala musibah dan kemudaratan.. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu. 

Ya Allah jauhilah kami dari perasaan kebingungan dan was was serta.hilang keyakinan dan jati diri, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan kefahaman yang jelas dan nyata. 

Ya Allah hiasilah kami dengan sifat pemaaf dan sikap bertoleransi didalam segenap ruang dan peluang, perindahkanlah kami dengan kesihatan walafiah tubuh badan yang sihat.dan sempurna lagi  berterusan. 

Ya Allah bukakanlah kepada kami pintu makrifatMu dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaanMu. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan olehMu.

Ya Allah dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka demi mendapat manfaat dan keredhoaan dariMu Ya Allah.

Ya Allah lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari yang seterusnya demi kelangsungan hidup kami sebagai jalan ke arah ibadah di sisiMu.

Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu. 

Ya Allah berilah kami punca jalan pencarian rezeki yang mudah lagi barokah dan jauhkan kami dari perkara yang.bersifat haram dan ciri ciri subhah yang akhirnya menjerumus serta memudaratkan diri ke lembah kehinaan dan kesengsaraan.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa disyurga FirdausMu Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat- sahabat kami, jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada yang sentiasa bersifat sabar dan beristiqomah terhadap pengabdianMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad SAW* serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close