Kerang Rebus Lebih Sedap Dan Segar. Kuahnya pula boleh dihirup dan makan dengan nasi panas. Sedap dan segar rasanya sebab ada lebih serai dan halia. Memang menu yang sihat. Kat bawah ni ada Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar. Anda suka makan kerang rebus macam saya? Masak kerang pun dah jarang-jarang, jadi bila nampak orang jual kerang segar, terus beli. Jadi, kalau korang suka makan kerang, kita geng! Tapi sekarang ni harga kerang dah makin mahal dan susah nak dapat.
3 kg kerang
1 labu bawang besar- dimayang
1. Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang dan serai serta garam.
2. Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.
3. Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap untuk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap berbanding merebus cara biasa.
Saya share kan resepi kerang rebus yang simple tapi sedap hingga boleh hirup kuahnya.
Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar
Bahan-bahan
3 kg kerang
1 labu bawang besar- dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 batang serai dititk
3 batang serai dititk
2 inci halia - dimayang
2 inci kunyit hidup - dimayang
3 tangkai cili padi - dimayang
Garam secukupnya
Garam secukupnya
Cara-cara buat kerang rebus yang sedap
1. Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang dan serai serta garam.
2. Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.
3. Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap untuk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap berbanding merebus cara biasa.
Nota:
1. Boleh tambah sedikit air lagi jika anda nak hirup kuah rebusan kerang tersebut. Dimakan dengan nasi pun sedap.
Selamat mencuba kerang rebus yang sedap lagi segar seperti yang saya kongsikan di atas.
Tetapi kena ingat, bersihkan dengan betul supaya kekotoran pada kerang tidak memudaratkan kesihatan pula.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.