Lunch Nasi Ayam Penyet Dengan Ayam Yang Lembut. Tadi siang kita orang makan lunch dengan menu nasi ayam penyet.. makan pun dah lewat iaitu sekitar 3.15 petang, lauk pauk hidangan tengahari pun banyak dah habis. Al kisah jalan nak ke Mersing jem teruk, jem di sana sini.. kami nak hantar si bongsu balik MRSM. Memang kena redah 2 jam pergi dan 2 jam balik gamaknya.. (kalau tak jammed la..😀)
Alhamdulillah.
Singgah di RnR Dusun Panti, yang ada menu nasi ayam penyet. Order terus 3 set sekali. Cepat sikit. So, inilah menu kita orang..
Dapat menu nasi ayam penyet dengan ayam yang lembut dan rangup kulitnya. Senang nak makan, samada guna sudu garpu atau tangan saja.. tak risau ayam terpelanting.. hehe
Ayam siap ketuk dan dipenyet/ penyek kan.. baru betul nasi ayam penyet nama dia..
Set ayam penyet pun lengkap, ada tempe + tauhu goreng, ulam kacang panjang + timun, sambal ayam penyet dan sup.
So kalau keluar awal boleh makan nasi campur. Ada macam-macam lauk selera kampung tau..
Kalau ada kesempatan, korang boleh cuba.. ok 👍
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.