Petua Berkesan Hilangkan Kahak/ Hingus Pada Bayi. Orang tua atau ibu bapa paling risau jika ada anak kecil yang batuk, betkahak dan berhingus. Siang malam merengek kerana rasa tidak selesa untuk bernafas. Ada banyak petua tradisional yang boleh meredakan kahak atau hingus bayi. Salah satunya adalah dengan menggunakan daun sireh.
Antara kegunaan daun sireh adalah didakwa dimana daun sireh yang dikunyan dengan kadar sesuai didapati membantu untuk menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak bagi orang dewasa. Sekarang ini dalam keadaan cuaca panas hujan tidak menentu, ramai yang bantuk berkahak dengan teruk. Disyorkan amalkan makan sedikit sireh yang bersih dan pastikan basuh dahulu.
Petua Berkesan Hilangkan Kahak/ Hingus Pada Bayi
Cuba lakukan petua di bawah ini yang dikongsikan dari FB. Anggaran dalam 3 hari - seminggu kahak/ hingus boleh reda.
1. layur kan sireh pada api lilin/ dapur
2. sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3. selepas layur letakkan balm/ vicks pada daun sireh
4. Letakkan sireh di dada bayi dan belakang badan bayi.
Selamat mencuba
Sumber : NurFarahin Hamdi Anselmus
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.