Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Agar-Agar Tali Perisa Sirap Sukatan Cawan

Resepi Agar-Agar Tali Perisa Sirap. Agar-agar atau lengkung adalah kuih atau dessert yang bertahun kami memakannya. Itulah makanan yang paling mudah dan murah nak dibuat semasa emergency, nak hantar rumah jiran kenduri tahlil atau nak bawak pot luck ke pejabat. Resepi yang paling murah tetapi tak mudah juga nak buatnya. Kalau silap cara sukatan air pun tak boleh jadi. Sebab tu, saya share kan cara masak agar-agar legend ni agar ia masak dalam keadaan yang cantik. 

Resepi Agar-Agar Tali Perisa Sirap Paling Sukatan Cawan

Agar-agar tali perisa sirap adalah agar-agar paling senang nak buat dan selalu dimasak oleh mak-mak bila nak hantar buah tangan ke rumah jiran tetangga yang buat majlis tahlil atau bacaan yasin. Betul tak?

Cara Masak Agar-Agar Tali Perisa Sirap Dengan Sukatan Cawan

Cara Masak Agar-Agar Tali Perisa Sirap Dengan Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali @ strips (20 gm)
2 liter air (8 cawan)
1 1/2 cawan gula
1 sudu sirap rose
1/4 sudu pewarna pink
1 helai daun pandan
1 helai daun limau purut (untuk bau lebih harum)

Cara penyediaan:


1. Basuh agar-agar dan masak dengan air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya
2. Masukkan gula dan daun pandan & daun limau purut
3. Bila gula larut masukkan pula sirap rose + pewarna pink
4. Tapiskan dalam loyang atau acuan yang disukai. Biarkan sejuk @ keras, baru dipotong.

Cara Masak Agar-Agar Tali Perisa Sirap Dengan Sukatan Cawan

Selamat mencuba ya kekawan. Kalau nak letak santan atau telur boleh jugak. Buat lengkung @ agar-agar dengan milo pun sedap.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close