Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Sedap Secukup Rasa

Resepi Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor. Saya jarang beli ikan jenahak kerana tak ada idea masak apa yang sedap selain asam pedas.. tapi bila En. Suami bawak balik ikan jenahak hasil dari memancing. Maka, nak tak nak kenalah masak jugak. Apa lagi? Asam pedas lah.. hehe

Jom kita tengok gambar dan resepi asam pedas ikan jenahak di bawah, asam pedas ikut style saya lah orang Johor.. 😂

Tips untuk asam pedas yang kaw!!:


✅ Gunakan buah keras untuk dapatkan kuah asam pedas yang rasa lebih lemak dan lebih pekat.
✅ Tumis cili sampai pecah minyak dan wangi.
Masak guna api perlahan dan jaga rempah jangan sampai hangus.

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Sedap Secukup Rasa

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Resepi Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor

Resepi Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Bahan-bahan:

Ikan jenahak - 5 ketul
1 mangkuk cili kering yang telah direbus dulu - kisar
1 biji Bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
2 inci halia - kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 mangkuk daun kesum
1 tangkai bunga kantan - belah dua
2 biji tomato - belah kecil
6 ketul sayur bendi

Cara penyediaan asam pedas ikan jenahak style Johor


1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak. Jika pekat sangat tambah sedikit air

2. Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Gaul/ kacau rata. Jika masih pekat, tambahkan lagi sedikit air ikut kesukaan. Asam pedas Style Johor mestilah cair kuahnya dan boleh hirup.

3. Masukkan ikan jenahak satu persatu. Biar seketika hingga ikan masak.

4. Perisakan dengan gula, garam dan secukup rasa Maggi. 

5. Akhir sekali, masukkan sayur bendi dan tomato. Siap untuk dihidang.

Resepi Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor

Resepi Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor

Semoga korang pun boleh masak asam pedas ikan jenahak yang sedap dan ikut citarasa tekak kita. .ada yang suka lebih manis dan masamnya.. Ada pula suka rasa lemak masam. Itu semua pun rezeki air tangan masing-masing.

Selamat mencuba ya! 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close