Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas. Ayam masak kari adalah menu kegemaran anak-anak. Kami akan masak 1 ekor ayam yang pasti akan dihabiskan dalam masa sehari oleh dua orang anak bujang kami itu, mereka akan makan tak berhenti dek kerana kesedapan masakan kari ibunya ini.. haha
Selamat mencuba resepi kari ayam yang ringkas di atas. Walau dengan bahan resepi yang sama, kita tetap hasilkan rasa yang berbeza. Kenapa? Kerana hasil air tangan seseorang tak sama. Jadi, jangan risau masakan tak menjadi. Air tangan yang berbeza menjadikan kita istimewa pada orang tersayang terutama anak-anak. Air tangan ibu atau emak buat kita teringat-ingat! Betul tak?
So, saya nak share resepi ayam masak kari cara saya la, iaitu kari yang agak cair kuahnya.
Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
1 mangkuk kecil kari daging - bancuh dengan sedikit air
2 biji kentang di belah empat
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang kecil - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
2 sudu makan cili boh - kisar
3 rempah sekawan - kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang (sedikit je)
1 kotak santan
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan kari ayam yang ringkas
1. Tumis rempah 3 sekawan hingga wangi, barulah masukkan bahan kisar dan rempah kari. Gaul rata dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
3. Seterusnya, masukkan ayam dan kentang. Tutup periuk dan biarkan ayam masak.
4. Kemudian masukkan santan dan gaul sekata. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Siap untuk dihidangkan.
Nota;
1. Boleh tambah daun kari, jika suka
2. Selain kentang, anda juga boleh masukkan lobak merah ke dalam resepi kari ayam anda
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.