Resepi Sambal Getuk Berapi Yang Sangat Kaw!. Dari kecik sampailah dah dewasa ni 😀, memang tak pernah jemu makan nasi dengan sambal getuk kaw! Kalau rasa tekak tak sedap, buat sambal getuk berapi makan dengan telur mata je. Memang heaven la..
Kalau nak kurang kan sengit berapi tu, masukkan sekali tangkai cili dan tumbuk halus. Jangan guna blender tau. Nanti sambal getuk korang macam berminyak dan kurang sedap. Dah nama sambal getuk, korang kena tumbuk dengan lesung batu. Orite!
Resepi Sambal Getuk Berapi 🔥
Bahan-bahan :
Ikan bilis secukupnya, banyak pun tak apa
Bawang merah
Cili apii selambak
Serbuk perasa, garam dan gula
Limau kasturii
Cara penyediaan sambal getuk berapi kaw!
1. Goreng bilis hingga rangup.
2. Goreng bawang + cili padi hingga layu.
3. Tumbuk sehingga hancur tambah serbuk perasa, sikit garam & gula.
4. Perah limau kasturii
Makan dengan nasik panas panas + telur mataa + kicapp... Syahduuu oiiii... ðŸ˜
Sumber : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.