Ayam Goreng Berempah Garing Lebih Lama. Semua orang pun dah pandai masak ayam goreng berempah, cuma samada jadi rangup atau tidak bergantung kepada resepi yang dibuat. Atau cara bancuhan bahan-bahan rempah yang dimasukkan.
Semalam kami masak menu ayam goreng berempah yang rangup dan garing sedap. Resepi pun saya cari kat youtube. Hehe..
Resepinya mudah saja. Korang tumbuk semua bahan-bahan seperti halia, serai, kunyit, garam, bawang putih secukupnya, bergantung dengan jumlah ayam. Letak ketumbar sikit. Tumbuk halus. Jangan kisar tau, sebab bila dikisar akan terbitkan air yang banyak.
Semua bahan tu gaul dalam ayam bersama sedikit tepung jagung dan sebiji telur.
Lepas tu perap dalam peti ais dalam 30 minit hingga 1 jam. Lagi lama pun tak apa.
Kemudian goreng dalam minyak tenggelam. Itu je..
Ayam Goreng Berempah Rangup Garing Lebih Lama. Itulah resepinya yang simple telah dikongsikan di atas.
Menu ayam goreng berempah rangup lebih lama itu saya padan kan dengan sayur tauhu telur dan buncis ditumis kering. Letak cili cikit bagi rasa pedas.
Dapat menu simple macam ni pun dah sedap. Makan ulang berkali-kali. Family pun suka dan seekor ayam pun boleh langsai untuk sehari je. Padahal 3 orang je kat rumah ni..
Kalau suka boleh lah cuba resepi ayam goreng berempah seperti yang dikongsikan di atas.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.