Harapan Dan Angan-Angan Manusia Setelah Mati. Ada diceritakan di dalam al Quran betapa manusia menyesal dan ingin hidup kembali untuk memperbetulkan amalannya. Kebimbangan dan ketakutan berdiri di hadapan Allah SWT di mahkamahNya... hanya Tuhan yang tahu! Kerana apa takut dan bimbang itu? Kerana ketika di hari pertimbangan amal, diberikan kitab catatan akan amalan kita itu, amat banyak dosa dan kesilapan masa hidup di dunia yang kita lakukan. Maka, penyesalan datang telah terlambat.
Harapan Dan Angan-Angan Manusia Setelah Mati
1. Untuk menjawab soal siasat Nya.
Menjadikan susah payah berjuang di jalanNya, terasa manis dan mententeramkan jiwa...
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١ )
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An Nazi'at: 41)
2. Bila harapan dan angan-angan sudah tidak ada faedahnya lagi....
ياليتني كُنت ترابا
"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
(An Naba': 40)
ياليتني قدمت لحياتي
"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".
(Al Fajr: 24)
ياليتني لم أوتَ كتابيه
"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
(Al Haaqqah: 25)
يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
"Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".
(Al Furqaan: 27)
ياليتني لم أتخذ فلاناً خليلآ !
Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku)
(Al Furqaan: 28)
ياليتنا أطعنا الله وأطعنا الرسولآ !
Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".
(Al Ahzab: 66)
ياليتني كنتُ معهم فأفوز فوزاً عظيما
"Wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula)".
(An Nisa': 73)
Kesemuanya itu adalah harapan dan angan-angan mereka yang telah mati menemui Tuhan, yang dirakam dan diputarkan kembali di dalam Al Quran agar manusia mengambil pengiktibaran. Harapan dan angan-angan yang manusia mampu mencapainya dengan amalannya ketika ia masih hidup bernyawa.
Namun, harapan dan angan-angan itu hanya mampu dicapai sebelum datang saat kematian.
Bila kematian telah datang, ianya hanyalah menjadi keluhan penyesalan yang sudah tidak ada faedah dan manfaat untuknya.
اللهم اَيقِظْ قُلوبَنا من الغَفلة يارب العالمين.
"Ya Allah, sedarkanlah hati kami daripada ghaflah kelalaian, wahai Tuhan Penguasa Sekelian Alam."
Justeru, selama mana masih bernyawa, usahakanlah ia, agar penyesalan tidak muncul di saat kematian datang menjemput...
Wallahu'alam
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.