Sayur kobis masak lemak dengan udang. Menu lauk pauk kampung yang sedapnya adalah dari air tangan sendiri. Haha!! Nak lemak, masin atau kurang masin kita sendiri adjust. Lepas tu nak makan bertambah pun tak ada siapq nak marah.. kih! Kih!
Menu kita orang hari ini adalah lemak kobis putih dengan udang. Yang special nya udang tu saya perap dulu dengan bahan perapan. So, lagi seedap lemak kobis udang tersebut.
Ada juga tauhu dan tempe goreng cicah sambal kicap kaw. Biasa memang kami akan makan tempe dan tauhu seminggu sekali, bagus untuk otak kita juga.
Kalau korang suka makan masakan berlemak, kena hati-hati ya. Kita digalakkan mengambil hidangan yang lebih menyihatkan seperti sayuran dan buah-buahan berbanding makanan berlemak, manis dan masin.
Ok bye, selamat menjamu selera bersama family tersayang. Jangan lupa untuk mengambil makanan yang seimbang ya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.