Amalan Tahmid, Tasbih Dan Takbir 100 Kali Sehari. Nak hidup tenang aman dan damai, walau macam-macam musibah melanda? Walau sebanyak mana kerja dan penatnya kita pada hari itu, tetapi dapat bangun esok paginya dengan senyuman. Siapa tak nak kan? Saya ada mengikuti ceramah oleh Ustaz Wadi Anuar. Ada amalan yang boleh diamalkan oleh setiap umat islam sebelum tidur, insya Allah bangun keesokan paginya kita jadi segar, bersemangat dan rasa tenang.
Insya Allah.
Apakah amalan tersebut? Amalan yang dimaksudkan adalah tasbih, tahmid dan takbir 100 kali sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah az Zahrah.
Rahsia Amalan Tahmid, Tasbih Dan Takbir 100 Kali Sebelum Tidur
Iya. Sebelum tidur di malam hari, amalkan amalan zikir berikut:
1. Tasbih = 33 kali
2. Tahmid = 33 kali
3. Takbir = 34 kali
Bermakna, amalan tasbih, tahmid dan takbir berjumlah 100 kali.
Apa itu tasbih, tahmid dan takbir??
Tasbih adalah sebutan Subhanallah
Tahmid adalah sebutan Alhandulillah
Takbir adalah sebutan Allahuakbar
Masya Allah, kalau anda baru tahu maka segeralah kita amalkan sama-sama. Kesannya, bila bangun keesokan pagi, hilang segala penat dan lelah semalamnya. Kita jadi lebih kuat dan cergas.
Tiada yang rugi pun bila kita amalkan zikir yang memuji Allah kerana kita lahir ke dunia pun memang ada satu tugas je iaitu beribadat dan berzikir kepada Allah.
Kena ingat!! Beribadat itu merangkumi segala perbuatan baik kita di atas muka bumi ini, itu disebut ibadat. Bukan sekadar solat atau berpuasa. Kena betulkan tanggapan dan pemahaman kita tersebut.
Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.