Terung Ungu Masak Sambal. Dah lama tak masak Terung Ungu Sambal. Nak jumpa terung yang elok dalamnya pun nasib je. Kadang luar nampak cantik ungu, tetapi dalamnya dah kering dan banyak biji. Ini dikira terung dah terlalu tua ke macam mana? Bila digoreng dan buat sambal terung rasanya tak berapa sedap.
Dulu saya tak suka makan terung, walau apa jenis dan warnanya, sebab saya pernah tertelan terung bulat sewaktu kecil dahulu. (Rasanya agak liat dan sukar ditelan..)
Sekarang dah lain, sebab dah pandai pilih terung yang sedap. Kali ini rezeki dapat beli terung ungu yang elok dan cantik isinya. Langsung tak berbiji. Bila di goreng sekejap je, isi pun cepat lembut.
Jomlah kita buat terung ungu masak sambal. Kalau anda first time masak terung ungu, boleh ikut langkah demi langkahnya di bawah.
Resepi Terung Ungu Masak Sambal
Bahan-bahan:
1 batang terung ungu - potong bulat
1 mangkuk cili kering yang telah dikisar dengan 1 ulas bawang putih dan sedikit minyak
2 biji bawang besar - hiris
Gula dan garam secukupnya
1 sudu teh pes asam jawa adabi
**cili kering kena rebus dulu sebelum dikisar
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng terung sebentar, angkat dan toskan
2. Dengan minyak yang sama (minyak banyak), goreng pula bawang besar hingga layu dan naik bau.
3. Kurang kan minyak dan masukkan cili kisar dan gaul rata dengan bawang goreng tadi. Masak hingga terbit minyak.
4. Masukkan pes asam jawa. Kacaukan rata, masukkan pula garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali baru masukkan terung ungu yang telah di goreng tadi. Kacau rata hingga sambal masak, sekejap je. Matikan api.
6. Siap. Sambal terung ungu sedia untuk dimakan dengan nasi putih.
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.