Sarapan Dengan Waffle Gebu. Macam mana saya boleh sarapan dengan waffle, sebab lepas beli barang dapur dari Maslee, terasa lapar. Lalu depan Coolblog ada nampak waffle. Maka jadilah Sarapan Dengan Waffle Gebu Dari Coolblog. Ada banyak perisa, dan pilih lah apa yang korang nak. Saya pilih wafflle inti peanut butter dan chocolate.
Kegebuan waffle menjadikan kita rasa cepat kenyang. Lain kali boleh bajet nak beli berapa keping jika yang makan nya hanya sorang dua, jangan tamak. Sebab waffle sedap dimakan sewaktu panas. Bila dah sejuk tak berapa nak sedap la.. terpulang masing-masing.
Gebu ke waffle dia? Memang gebu, lembut dan besar saiznya. Makan separuh pun dah kenyang. Hehe..
Air dia pun so far semuanya sedap. Korang boleh pilih mintak kurang manis demi kesihatan.. gitu la.. hehe
Waffle di coolblog ada banyak pilihan inti/ rasa dia termasuklah karamel, coklat, peanut butter, butter dan coffee. Maaf kalau tersilap. Korang boleh campur inti pada satu waffle atau buat asing-asing.
Okay, bye! Selamat bersantai hujung minggu!
1 Comments
Sedap ni makan panas2
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.