Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat. Kalau sarapan kat rumah paling tidak, dapat makan 2 jenis je samada jemput-jemput dengan nasi goreng. Kalau breakfast kat luar, kita cuma tunjuk dan masuk dalam pinggan. Makan apa nak makan, yabg penting kena habiskan. Betul tak??

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Menu sarapan macam-macam, ikut tekak memasing. Menu saya nasi lemak sambal paru + kentang. Menu en suami roti canai garing kuah 2 rasa.. dan untuk si bongsu nasi lemak ayam goreng 3 ketul. Ada juga ambil 2 jenis kuih muih yang siap packing, seri muka dan puteri ayu. Hmm.. korang rasa boleh habis ke ni??

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Separuh jalan je saya dah kekenyangan, en suami kena perabis nasi lemak tu. Si bongsu tu pulak ayam tak habis seketul. Tamak sangat kan? Kan dah kena bebel.. mana tak habis kita bungkus. Apa susah.. hehe

Sarapan Macam-Macam, Bukan Selalu Dapat

Bila tiba hujung minggu, inilah aktiviti kita orang iaitu sarapan di luar. Sekali sekala, apa salahnya. Kalau nak buat semua tu kat rumah, entah pukul berapa siapnya. Bila kita order kat dapur orang, cepat pulak kejadian dia..

Dah kenyang perut marilah kita pergi cari barang dapur pulak. Seminggu sekali kena top up barang basah. Kena bajet juga, almaklum sekarang ni tak boleh selalu makan di luar. Kos sara hidup dah mencanak sangat dah ni..

Semoga kita semua dapat bersabar dalam menempuhi cabaran hidup.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close