Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Agar Rajin Beribadah

Tips Agar Rajin Beribadah. Kalau tips untuk exam atau nak anak soleh, ramai dah orang share agar kita semua dapat manfaat bersama-sama. Kali ni kita share pula tips untuk rajin beribadah. Tips nak fokus, istiqamah dan rajin beribadah ni amat bagus di ikuti bagi kita yang selalu bermalas-malasan dalam melakukan amal ibadah terutamanya solat. 

Tips Agar Rajin Beribadah

Tips Agar Rajin Ibadah


Ad-Daqqaq rahimahullah mengatakan,

قال الدقاق: من أكثر من ذكر الموت أكرم بثلاثة أشياء: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة.

“Siapa yang rajin mengingat mati dia akan mendapat tiga manfaat, segera bertaubat, hati yang merasa cukup dengan pemberian Allah dan giat beribadah.” (At-Tadzkirah karya al-Qurthubi 1/27)

“Mati itu mudah. Mati itu ringan saja. Mati itu tidak harus sakit dulu. Mati itu tidak harus tua dulu.”

Ada orang tidur terus mati Ada orang yang sedang asyik menonton TV mati. Ada yang sedang asyik joget tiba-tiba jatuh mati. Ada yang sedang asyik berzina tiba-tiba mati.

Sedar bahawa mati itu dekat dan mudah itulah yang disebut ingat mati.

Ada tiga manfaat penting dari kesedaran ini:

1. Tidak menunda-nunda taubat


Orang yang merasa bahawa mati itu menunggu dia berumur lanjutlah yang suka nanti-nanti untuk bertaubat, nanti-nanti untuk rajin ke masjid dan sebagainya.

2. Kematian itu dekat, ada di depan mata


Orang yang yakin bahawa kematian itu ada di depan matanya tidak akan suka-suka berharap ini dan itu. Dia merasa cukup dengan nikmat Allah. Dia merasa betapa banyak yang telah Allah berikan kepada dirinya.

3. Inilah ibadah terakhirku!


Orang yang menyedari bahawa ini adalah ibadah terakhir yang dilakukan sebelum meninggal dunia tentu akan beribadah sebaik dan senyaman mungkin yang bisa dia lakukan.

“Oleh kerana itu Nabi menganjurkan agar ketika kita hendak mengerjakan solat kita hadirkan kesedaran bahawa boleh jadi ini adalah solat terakhir yang sempat kita lakukan.” 

Amalan ibadah ada banyak, seperti solat, bersedekah, infaq, menuntut ilmu yang baik, bekerja dan macam-macam. Itu semua ibadah.. jadi tips di atas diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita kepada Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close