Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Hafaz Al Quran Bagi Orang Biasa

Tips Hafaz Al Quran Bagi Orang Biasa. Bagi anak-anak yang masih muda, menghafal pelajaran bukan lah satu masalah besar, begitu juga menghafaz ayat al Quran. Ini kerana daya ingatan mereka masih kuat dek kerana mereka masih muda. Tambahan pula persekitaran pembelajaran mereka bersesuaian dengan ilmu hafazan yang hendak dipelajari. Lagipun, mereka belum ada banyak berhadapan dengan masalah hidup. Jika begitu, apakah tips bagi orang biasa dan orang dewasa untuk mula menghafaz al Quran. Belum terlambat ya untuk menambah amalan..

Mari kita cari tips menghafaz al quran kerana berhijrah itu tak pernah ada terlewat. 

Tips Hafaz Al Quran Bagi Orang Biasa

Tips Hafaz Al Quran Bagi Orang Biasa


1. Tekadkan azam untuk hafaz al Quran, kuat semangat
2. Pasang niat mengapa kita nak hafaz al Quran
3. Gunakan Quran yang sama setiap masa, qgar kita faham dan serasi dengan kandungan dan bentuk tulisannya
4. Pilih waktu dan tempat yang sesuai
5. Mulakan hafazan dengan surah lazim dan surah-surah yang mahu di hafal dalam masa terdekat
6. Perbanyakkan istighfar dan berdoa sebelum memulakan proses hafazan

Lain-lain tips hafazan


1. Taat perintah Allah dan meninggalkan maksiat
2. Fahamkan maksud setiap ayat dan betulkan bacaan dahulu, itu lebih baik
3. Biar lambat asalkan tercapai niat ikhlas untuk menghafaz al quran

Antara doa yang boleh diamalkan sebelum menghafal :


Untuk mulakan hafaz al quran, ada beberapa doa yang boleh diamalkan seperti di bawah.

1. Rabbish rohli sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatan millisani yafqahu qauli


2. Doa mudah hafal dan tajamkan ingatan

Sumber - siakap keli

Dalam rumi:

Allahummarzuqna ya robbi fahman-nabiyyina. wahifzholmursalin, wa ilhamal-malaaikatil-muqorrobin fi’afiatin ya arhamarrohimin.

Ertinya:

”Ya Allah, kurniailah kami faham para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Maha Penyayang.”

Semoga bermanfaat buat semua pembaca. Marilah sama-sama kita mula menghafaz al Quran untuk manfaat kita juga, dunia dan akhirat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close