Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family. Walau family kecil kami hanya bertiga sebab yang sulung berada jauh di luar negara, tapi menu order kami tetap macam makan berempat. Tak risau makanan tak habis sebab yang bongsu ni pun kuat makan. Biasalah.. budak sedang meningkat naik. Memang kuat makan.. hehe

Malam minggu lepas kami makan malam dengan menu seafood. Menu biasa di restoran thai iaitu sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rasa, tomyam seafood, baby kailan goreng biasa dan telur dadar. 

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family

Di restoran faveret kami ni menu signature dia dah tentu ikan siakap masak 3 rasa. Kalau korang tengok kuah sos dia tu memang mantap! Licin habis kami kerjakan makan dengan sotong goreng tepung. Dia ngam-ngam je rasa dia. Manis, masin, bau daun ketumbar dia.. sesedap rasa. Tak berlebihan. Ikan digoreng juicy, lembut isinya. Memang faveret kami sekeluarga.

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family

Sotong goreng tepung yang rangup. Digoreng dengan tepung yang sesuai dan mudah dikunyah. Isi sotong lembut je, tak liat. Memang yummy dan kita orang biasa order lebih sikit. Walau harganya agak mahal.. 

Dinner Dengan Menu Seafood Bersama Family

Sesekali makan dinner dengan menu seafood memang seronok. Perut kenyang hati happy, anak pun suka. Harga dia boleh lah tahan.. bukannya selalu. Menu seafood memang antara menu dinner kegemaran kami berbanding dengan western food. Kita orang kalau nak makan daging bagai.. memang amat jarang. Mungkin 6 bulan sekali, sebab kami anak beranak tak berapa gemar daging. Kalau ikan atau ayam okay je..

Bye! 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close