Doa Mohon Kekuatan Agar Dapat Bersabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Seorang hamba yang amat disyangi oleh Allah SWT adalah mereka yang bersabar saat diberikan ujian dan bersyukur ketika mendapat nikmat. Sebab itu dalam berdoa kita digalakkan untuk memohon menjadi seorang hamba yang sabar dan syukur selalu dengan segala nikmat dan ujian dari Nya. Tetapi kena ingat, yang namanya sabar tu tak mudah nak buat. Yang nak jadi orang bersyukur pun bukan semuanya boleh jadi begitu. Sebab itu, selalu lah berdoa agar Allah bagi kita kekuatan fizikal dan mental untuk bersabar.
Doanya dalam rumi:
Doa Mohon Kekuatan Agar Dapat Bersabar
Rabbana afrig 'alainaa sobran
Watawaffana muslimiIn
Maksudnya:
Ya Rabb Kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu). - Surah Al-A'raf : 126
Semoga kita dapat amalkannya sama-sama ya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.