Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus. Malam tadi tak ada idea nak makan apa, macam dah tepu otak nak fikir nak masak lauk pauk untuk ahli rumah ini. Bukan lah ramai pun kat rumah, berdua je. Fikir punya fikir teringat ada pek mi segera yang tak habis lagi. Mau expired  nanti.. hehe, so kita makan mi segera je lah malam tadi. 

Walau sekadar mi segera, saya tetap nak letak sayur dan cili padi. Baru ngam rasa dia.

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus

Apa yang saya buat, rebus telur 3 suku masak (dalamnya cair sikit). Ketepikan. 

Lepas tu potong bawang merah, bawang putih, cili padi dan sayur sawi putih hiris semuanya. Tumis dalam jumlah minyak yang sikit je. Kemudian masukkan mi segera bersama perencahnya. Tambab air sikit. Dah lembut mi segera tu, matikan api. 

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus

Mi Segera Dengan Sayur Dan Telur Rebus

Masa nak makan, letakkan telur 3 suku masak tadi, belah dua. Taburkan sikit black pepper berperisa dan siap! Sedap tau.

Kiranya makanan sihat jugak la kan.. saya letak sayur yang banyak dan telur rebus. Hehe

Kalau suka style macam saya tu, korang cubalah. Sedap tau. Perut pun kenyang.

Bye!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close