Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Ambeng Jadi Hidangan Sarapan Pagi

Nasi Ambeng Hidangan Sarapan Pagi. Ni lah nasi yang popular di Johor dan kini dah biasa orang makan untuk sarapan. Kalau dulu kita hanya akan jumpa nasi ambeng pada majlis tahlil malam jumaat. Tapi kini tidak lagi. Bila-bila masa nak makan nasi ambeng boleh je. Kat pasar malam pun ada banyak dijual. Paling femes nasi ambeng ayam kicap! Memang kaw habis!

Nasi Ambeng Jadi Hidangan Sarapan Pagi

Bagi korang yang tak berapa nak faham. Nasi ambeng ni makanan yang bercampur antara nasi dan mee. Bukan mee siam tu, kena mee kuning. Baru lah nasi ambeng sejati.

Apa kandungan lauk dalam nasi ambeng? Ok.. dalam nasi ambeng ada ayam, ikan kering bulu ayam, sayur campur/ sayur goreng jawa, mee kuning dan nasi putih. Makan pagi kenyang sampai malam.. hehe

Nasi Ambeng Jadi Hidangan Sarapan Pagi

Nasi Ambeng Jadi Hidangan Sarapan Pagi

Ada juga kami ambil kuih muih tradisional untuk sarapan sampingan antaranya kuih nona manis, bingka ubi dan kuih kaswi. 

Selamat bercuti buat korang semua..

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close