Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Asam Pedas Siakap Antara Menu Kesukaan Kami Sekeluarga. Selain sedap digoreng garing, ikan siakap juga sedap di masak berkuah seperti asam pedas atau lemak cili api. Kali ini saya akan kongsikan lagi resepi asam pedas sedap style Johor yang cair sikit. Orang kata kuah boleh hirup. Hehe..

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Segar


Bahan-bahannya:

Bahan kisar;

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
1 mangkuk cili kering yang telah direbus / dibuang bijinya

Bahan bahan lain;

2 batang serai - ketuk
1 mangkuk sederhana besar asam jawa - yang telah dibancuh dengan air
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan asam pedas ikan siakap yang segar dan lazat


1. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan serai dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa.

2. Masukkan bunga kantan, dan air. Biarkan mendidih. 

3. Masukkan ikan dan biarkan masak selama 15 minit
 
4. Masukkan daun kesum, kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.

5. Perasakan dengan garam / gula / perasa secukup rasa @ perasa pilihan.

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Asam pedas ikan siakap sedia untuk dihidangkan. Bahagian kepala kegemaran En suami. Saya dan anak-anak akan makan bahagian isi dan ekornya.

Selamat mencuba ya. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close