Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tukar Tayar Belakang Black Knight, Selepas 2 Tahun

Tukar Tayar Belakang Black Knight, Selepas 2 Tahun. Last tukar tahun 2021, bulan September. Kini kita tukar bagi mantap pemanduan dan demi keselamatan sekeluarga. Kami memang kerap jalan jauh at least sebulan sekali. Itu yang tayar kereta kena kerap ganti.

Insya Allah, tayar kereta yang sesuai dan dalam keadaan baik membuatkan pemanduan kita lebih tenang.

Sebenarnya dah dari 2 bulan lepas nak tukar tayar belakang tetapi bila sampai kedai tayar.. stok pulak tak ada. Kena order dulu. 

Tukar Tayar Belakang Black Knight, Selepas 2 Tahun

Tukar Tayar Belakang Black Knight, Selepas 2 Tahun

Alhamdulillah.. hari ini kita datang awal sikit. Tunggu stok tayar sampai lebih kurang 1 jam. Yang penting dapat tukar tayar Black Knight tersayang. Almaklum dia berjasa kepada kita kan.. kenalah servis dia baik-baik. 

Tukar Tayar Belakang Black Knight, Selepas 2 Tahun

Untuk sebiji tayar harga RM470. 2 biji + alignment, kena lah bayar RM975. Kali ini saya yang bayar. Sebab sebelum ini 2 biji tayar depan, En suami yang tanggung kosnya.. hehe

Sebelum tukar tayar, kami ke kedai Bateriku.com. Tukar bateri kereta sekali, sebab dah lebih 3 tahun guna. Rasa macam nak mati-mati kereta masa drive, so kita terus tukar sebelum dia mati di jalan. Brand apa ya? Lupa lah pulak. RM258 dengan warranty 18 bulan. Penggunaannya minima sehingga 2 tahun dan maksima boleh pergi 3 tahun juga, bergantung kepada gaya pemakaian bateri untuk kereta tu..

So, kos perbelanjaan kereta hari ini adalah RM975 + RM258. Bukan selalu, mungkin 2 @ 3 tahun sekali. Betul tak?

Semoga korang jaga lah kenderaan anda samada kecil atau besar dengan sewajarnya demi keselesaan semua orang. Jaga keselamatan orang tersayang.

Ok bye!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close