Dapat Pisang Dan Nenas Dari Orang-Orang Tersayang. Kalau dah rezeki memang tak salah alamat. Korang percayalah rezeki dari Tuhan untuk kita sudah tertulis sejak di Luh Mahfudz. Syukur alhamdulillah.. dapat buah-buahan pun rezeki tak terjangka. Al kisah pada sabtu lepas, saya berkunjung ke rumah kakak. Dapatlah setandan pisang. Pisang apa ek? Pisang 40 hari kut.. huhu, ada yang panggil pisang lemak manis.
Lepas tu kawan datang bagi nenas. Nenas comel-comel belaka, dia punya rasa teramatlah manis!! Memang makan tak berhenti jawabnya..
Dapat Pisang Dan Nenas Dari Orang-Orang Tersayang
Memang rezeki di hujung minggu. Siapalah tak suka dapat buah-buahan yang kita suka makan. Pisang tu dalam seminggu dah boleh masak semuanya. Makan macam gitu je pun dah sedap.
Kalau nak harap tanam sendiri memang tak cukup masa dan tanah.. haha, almaklum duduk dalam tanam ada le tanah sejemput je. Itu pun dah disimen habis oleh En suami. Yang ada di luar pagar tu..
Kalau tak habis makan nenas tu saya akan buat salad nenas + bawang @ orang panggil pencuk. Tambah cuka sikit, cili padi dan gula. Siap dah..
Ok, bye. Thank you yang dah singgah blog comel ni 😂😂
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.