Doa Ruqyah Untuk Diri Sendiri. Merawat sakit ada banyak caranya. Dan kebiasaan, kita akan pergi berjumpa doktor jika demam atau sakit yang berlarutan. Selain dari sakit yang memerlukan kita makan ubat, ada juga sakit yang datangnya dari gangguan jin atau syaitan. Dengan itu, saya kongsikan doa untuk meruqyah diri sendiri, iaitu merawat diri sendiri. Semoga ia membantu kepada mereka yang memerlukan.
Semoga kita semua terlindung dari kejahatan makhluk yang kita nampak atau sebaliknya. Allah tempat berlindung, maka bermohonlah hanya kepada DIA.
Doa Ruqyah Untuk Diri Sendiri
Doanya seperti di bawah:
1. Dibaca sambil memegang tubuh yang sakit.
Bismillah - 3 kali (dengan menyebut nama Allah)
2. A'uzubillahi waqudrotihi minsyarrima ajidu wa 'uhaazir - 7 kali (Aku berlindung kepada Allah dan kuasanya dari kejelekan yang aku dapatkan dan aku waspada.)
-HR Muslim 2202.
Bacaan dalam bahasa arab seperti dalam gambar di bawah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.