Doa Untuk Anak Yang Demam Panas. Bila anak demam, ibu bapa lah orang yang paling risau. Kebelakangan ini, ada bermacam jenis penyakit di sekitar kita samada penyakit berjangkit atau sebaliknya. Maka, jaga lah ahli keluarga kita dengan mengamalkan kebersihan dan cara hidup yang sihat.
Jika anak demam panas, kita kena perhatikan suhu badannya, sentiasa bekalkan ubatan yang sesuai atas nasihat doktor. Dan boleh juga amalkan doa di bawah ini sebagai ikhtiar.
Doa Untuk Anak Yang Demam Panas
Bacaan Doa Dalam Rumi:
Qul naa yaanà aru kunii bardan
Wasalaaman 'alaa Ibrahiim
Makasudnya;
(Allah) berfirman, "Wahai api, jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim."
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim semasa dibakar oleh Raja Namrud.
Saranan doa tambahan:
1. Al-fatihah 40 kali / 7 kali @ 1 kali
2. 3 Qul (An-Nas, Al-Falak & al-ikhlas
3. Surah al-anbiya', ayat 69
Semoga demam panas anak-anak kita boleh berkurangan. Letakkan pengharapan kepada Allah jua.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.