Family Trip 2H1M Ke Kelantan Pada Cuti Sekolah Bulan Disember - Part 2. Entry sebelum ni kita mencatat kenangan di Terengganu, kini kita nak ke Kelantan pulak. Kenangan demi kenangan di rekod dalam gambar dan sedikit coretan. Semoga ianya memberi sedikit info kepada anda semua. Namun pada hari terakhir musafir serta melancong di Kelantan, amat kurang gambar keluarga seramai 30 orang yang dipotretkan kerana masing-masing dah kepenatan agaknya.. hehe
Baca part 1 - Family trip ke Terengganu 2H1M
Bergerak Ke Kelantan
Dari part 1 entry yang lepas, kita dah meninggalkan homestay di Terengganu dan mula bergerak ke Kelantan. Kami bergerak ke Kelantan pada hari sabtu 23/12/2023 dalam keadaan cuaca yang agak renyai dan sesekali hujan lebat. Bila dah kenyang sarapan pagi tadi, maka dalam bas kita membuta je jawabnya!
Tiba di Kelantan lebih kurang pukul 2.00 petang, hujan masih turun sesekali lebat dan juga renyai-renyai. Memang kita semua tahu bulan Disember memang lah waktunya musim hujan.
Tentatif pelancongan kami di Kelantan:
1. Check In Di Cheqma Tiny Chalet
2. Meredah angin kuat dan hujan di Pantai Cahaya Bulan (PCB
3. Berhujan Dan Shopping Di Wakaf Che Yeh
4. Sarapan di Kopitiam Kita, Roti Titab Asli
5. Jalan-jalan Cari Kuih Tradisional di Pasar Khadijah
6. Mencari Serunding Segar Ke Kampung Laut
7. Merantau Kita Ke Rantau Panjang
8. Pulang ke tempat asal negeri masing-masing
2. Meredah angin kuat dan hujan di Pantai Cahaya Bulan (PCB
3. Berhujan Dan Shopping Di Wakaf Che Yeh
4. Sarapan di Kopitiam Kita, Roti Titab Asli
5. Jalan-jalan Cari Kuih Tradisional di Pasar Khadijah
6. Mencari Serunding Segar Ke Kampung Laut
7. Merantau Kita Ke Rantau Panjang
8. Pulang ke tempat asal negeri masing-masing
Check In Di Cheqma Tiny Chalet
Kami check in di chalet dalam keadaan basah. Bas pulak parking jauh, lebih 100 meter rasanya kerana jalan untuk ke chalet agak sempit untuk laluan sebuah bas. Redha je la ya..
Sebaik tiba di chalet, pemandangan kami amat terpegun. Cheqma Tiny Chalet umpama sekeping lukisan yang luas terbentang di depan mata. Cantik dan cute..
Meredah angin kuat dan hujan di Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Dalam pukul 5.30 petang, kami menaiki bas yang sama ke PCB. Hujan tak reda, jalan pulak jem di sana sini. Apabila sampai di PCB, tak boleh ambil gambar pulak.. sebab angin kencang.
Maka, kita isi dengan sesi mengisi perut. Makan lah dengan lajunya kerana perut dah lapar sebab tengahari tadi tak makan..
Berhujan Dan Shopping Di Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh satu lagi tempat tarikan pelancong jika anda bertandang ke negrri Cek Siti Wan Kembang itu. Orang kata, lagi lewat malam anda datang, lagi banyak bazar perniagaan dibuka. Apa yang ada kat situ? Semuanya ada dik!! Kami sempat beli buah bidara, buah salak (manis buahnya), key chain nak bawa balik ke Johor. En suami sempat beli jersi untuk dua beranak tu..
Beli fridge magnet sebagai kenangan |
Sarapan di Kopitiam Kita, Roti Titab Asli
Pagi 24/12/2023, selepas berkemas, kami meninggalkan Cheqma Tiny chalet pada pukul 8.00 pagi. Bas yang membawa kami memang akan sentiasa tiba tepat pada waktunya. Oleh kerana hujan yang semakin lebat, perjalanan kami ke Kopitiam Kita (Roti Titab), agak perlahan hinggakan pemandu pelancong berkali-kali menghubungi.
Dalam pukul 9.00 pagi kami sampai dan disambut oleh owner kafe dan seterusnya merasmikan ruang kafe yang baru di buka. Macam VVIP pulak rasanya.. hehe
Antara menu utama adalah roti titab asli, pelbagai hidangan nasi seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dingin, nasi minyak, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Kuih pun sama, ada banyak tak terkira kuih tradisional dia.. tak larat nak tulis 🥰🥰😀
Jalan-jalan Cari Kuih Tradisional di Pasar Khadijah
Di pasar tradisional ini kami meredah hujan lagi. Ramai nya orang dan keadaan lantai pasar yang basar agak menyukarkan pergerakan. Saya dapat membeli ubi tonyoh (sedapnya makan panas-panas), buah terap, asam kundang dan banyak lagi.
Biji buah terap dan ubi tonyoh |
Memang betul, kebanyakan peniaga adalah dari golongan wanita. Mengikut kata pemandu pelancong kami, kebanyakan orang lelaki Kelantan menghabiskan masa mereka dengan bermain burung. Seekor anak burung boleh mencecah harga sehingga RM600.
Mencari Serunding Segar Ke Kampung Laut
Kampung laut terletak di daerah Wakaf Bharu di Negeri Kelantan. Ia terkenal dengan pengeluaran serunding asli kampung laut yang diperbuat dari berbagai jenis antaranya ayam, daging tempatan dan daging import, serunding ikan, dan beberapa jenis lagi.
Sambil itu, pemandu pelancong juga menceritakan kisah kampung laut yang selalu tenggelam apabila tiba musim hujan pada penghujung Disember hingga awal Februari. Sebab itu, kebanyakan rumah akan dibina tinggi dan ala kadar sahaja bagi mengelakkan kerugian berulang.
Masjid lama kampung laut juga dipotretkan di dalam buku teks sekolah rendah sebagai mengenang sejarah nya. Dikatakan masjid lama tersebut dibina tanpa menggunakan paku. Wallahu'alam.
Merantau Kita Ke Rantau Panjang
Destinasi terakhir kami di Kelantan adalah di Rantau Panjang yang terletak bersebelahan dengan Sungai Golok. Keadaan di Rantau Panjang tak lah sesibuk mana, kerana kedudukan kedai perniagaan agak jauh antara satu sama lain.
Perjalaan antara kedai ke kedai makan sedikit masa, dan ada pelbagai barang dan makanan yang boleh di beli. Antaranya kekacang, coklat, baju, periuk, beras dan macam-macam lagi. Kena rajin explore baru dapat semua yang di hajati.. hehe
Pulang Ke Tempat Asal
Kami meninggalkan Rantau Panjang dalam pukul 5.45 petang setelah kenyang perut dengan hidangan nasi ayam. Hujan turun lagi sewaktu kami melewati pos kawalan imigresen dan alhamdulillah bas persiaran kami melepasi pemeriksaan dengan jayanya.
Kemudian, kami singgah solat di masjid di dalam daerah Rantau Panjang dan meneruskan perjalanan yang nyaman sehinggalah berhenti lagi sekali sekitar pukul 7.45 malam di stesyen minyak Petronas untuk menunaikan solat Maghrib.
Akhirnya lebih kurang pukul 5.15 pagi, kami selamat sampai di Lotus Seremban tanpa gangguan jammed dan sebagainya.
Akhir kata, ucapan terima kasih dan kesyukuran atas segala kerjasama adik beradik, biras, anak sedara dan semua pihak yang terlibat terutamanya insan mulia & keramat kami iaitu bonda tersayang. Banyak tajaan sarapan dan lunch daripada family fund amat menggembirakan kami. Dah lah gitu, kami semua 7 beradik (family sebelah saya) dapat duit poket sebanyak RM400 seorang.
Alhamdulillah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.