Family Trip 4H2M Ke Terengganu Dan Kelantan Pada Cuti Sekolah - Part 1. Ini adalah entry throwback untuk moment kami bersama keluarga besar sebelah keluarga saya iaitu seramai 30 orang. Perjalanan merentas pantai timur yang pertama kali buat kami sekeluarga. Jadi, kami rangkumkan kenangan dalam bentuk gambar dan sedikit coretan sebagai memori yang amat berharga.
Pemandangan masjid terapung pada pukul 6.45 pagi.. nyaman, tenang dan indah.
Antara signature restoran ini tentulah air teh beng nya size besar. Korang tengoklah sendiri.. melimpah ruah buih dia. Haha.. dan nasi dagang ikan tongkol, dia bagi kepala ikan sekali. Meratah kari la kita.. heehe
Setiap kali makan mesti ada lada solok. Kat Terengganu lada solok dia sedap dan banyak inti dia, gemuk-gemuk lada soloknya. Cuma kurang pedas je..
Saya order nasi kerabu set lengkap. Ayam bakar dia sedap tau.. dan yang pastinya ada lada solok lagi ..
Kemudian, dalam hujan yang semakin lebat, kami meneruskan perjalanan ke Kelantan, yang memakan masa lebih kurang 2 jam katanya. Homestay kami akan terletak di Kota Bharu.
Jika tahun lepas kami semua bermalam di Ke Kabin Banglo di Melaka, percutian keluarga kali ini menjelajah ke Kelantan dan Terengganu pula. Percutian kami bermula pada 21/12/2023 dan berakhir sehingga 24/12/2023.
Perjalanan musafir dan melancong kami bermula di Terengganu dahulu dan akan berakhir di Kelantan.
2H1M Di Terengganu
Perancangan percutian keluarga kami yang digelar Mohayah Family mengandungi 30 orang peserta. Dijangka kami akan melawat tempat-tempat berikut:
A) Masjid terapung Kuala Ibai, (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
B) Restoran Nasi Dagang Atas Tol
C) Noor Arfa Batik
D) Pasar Payang
E) Makan Tengahari di Singgang Budu
F) Berehat di Villa Nurrifa
G) Lawatan Ke Masjid Kristal, Tamadun Islam
H) Makan Malam berlatarbelakang jambatan angkat, Kuala Terengganu - cadangan je..
Menunggu Bas Dan Masa Bergerak
Kami semua berkumpul di Lotus Seremban. Bertolak ke Terengganu pada lebih kurang pukul 10.45 malam. Bila semua peserta dah cukup, maka kami bergerak menuju ke destinasi. Oleh kerana berada di dalam bas pada waktu malam, langsung tak tahu arah perjalanan kecuali megesan sesuatu kawasan menggunakan google maps!
Bas VIP Coach kami bas persiaran 2 tingkat yang selesa, bersih, dingin dan driver nya bawa pun santai. Bersyukur sangat...
Sampai di Terengganu
Kami sampai di Terengganu pada pukul 5.15 pagi dan terus menuju ke masjid terapung Kuala Ibai. Sempat membasuh muka, gosok gigi dan solat subuh bersama para jemaah di masjid tersebut. Pada ketika ini lebih kurang pukul 7.45 pagi, pemandu pelancong pun menyertai kami.
Sarapan Nasi Dagang
Kami bersarapan di restoran Nasi dagang atas tol, iaitu restoran nasi dagang asli Terengganu. Dengan jumlah kami yang agak besar, kos sarapan yang ditanggung oleh family mencecah lebih RM300. Yang penting perut kenyang, makanan sedap dan air teh beng dia memang padu!! Sempat bergambar beramai-ramai di bawah papan tanda restoran..
Lawatan sambil Shopping di Noor Arfa Batik
Noor Arfa Batik adalah satu jenama batik yang amat terkenal seantero dunia. Kami sampai di Noor Arfa Batik dalam pukul 9.00 pagi dan disambut mesra oleh pekerja di situ. Mata kecik besar je tengok baju batik yang amat banyak, cantik-cantik dan harganya pun kena fikir beberapa kali.. hehe
Cari Apa Di Pasar Payang
Setelah berhabis beratus juga di Noor Arfa Batik, kami meneruskan destinasi ke Pasar Payang. Orang kata nak apa saja semua ada di Pasar Payang. Banyak jualan keropok, kekacang, baju batik, dan aneka key chain yang menawan hati. Yang kami suka, keadaan Pasar Payang yang agak bersih memudahkan urusan shopping dan cuci mata kami. Tetapi, jumlah pengunjung terlalu ramai, makin sukar nak pilih memilih. Semua kena cepat...
Ada juga peniga Cina yang fasih berbahasa Terengganu dan kami tawar menawar dengan mereka sambil ketawa gembira... Mesra sangat..
Makan Tengahari Di Singgang Budu
Lepas shopping di Pasar Payang, kita isi perut pulak di Restoran Singgang Budu, restoran yang viral katanya disebabkan lauk pauk kampumgnya yang amat banyak!! Memang benar bagai di kata, tak terpilih nak makan apa?? Haha..
Dengarnya kos makan tengahari kami di Singgang Budu mencecah lebih RM400.
Check-In di Villa Nurrifa
Selepas dah kenyang, kami bergerak ke rumah penginapan yang dipanggil Villa Nurrifa. 2 biji rumah yang dipisahkan oleh tembok dan pagar. Oleh kerana jumlah ahli rombongan yang ramai, maka kumpulan dipisahkan kepada lelaki dan perempuan.
Setiap rumah ada swimming pool sendiri, jadi tak berlaku perebutan nak terjun kolam.
Gambar kenangan bersama kakak dan adik..
Bergambar Di Masjid Kristal Kenangan Terindah
Petang itu dalam pukul 5.45 petang, kami bergerak ke kawasan Tamadun Islam dan melawat Masjid Kristal yang kelihatan menarik di bawah sinar matahari petang.
Sempat mengambil gambar kenangan bersama ahli rombongan. Ramai pula pengunjung yang hadir untuk mengabadikan kenangan seperti kami.
Kecewa tak dapat mengambil gambar di bawah jambatan angkat, Kuala Terengganu
Niat kami nak mengambil gambar di bawah jambatan angkut tak kesampaian apabila tetiba hujan gerimis bertukar hujan selebat-lebatnya. Apabila tiba di kawasan food truck, kami langsung tidak boleh keluar dari bas kerana keadaan angin dan hujan yang kuat. Maka, kecewalah kami dan berpatah balik ke homestay.
Oleh kerana ramai yang kelaparan, kami singgah di sebuah restoran ketika dalam perjalanan pulang. Tetap cari satay untuk En suami dan chicken chop untuk anak bujang.
Meninggalkan Homestay untuk ke Kelantan
Selamat tinggal Villa Nurrifa, banyak kenangan tercipta walau hanya satu malam bersama. Kami meneruskan langkah bersarapan pula di restoran. Ada banyak menu, maka kami makan nasi kerabu asli. Anak bujang makan nasi minyak, yang katanya agak pelik rasanya. Haha.. biasalah, mana pernah sarapan nasi minyak kan?
Cari Keropok Lekor Di Merang
On the way nak ke Kelantan, kami mencari keropok lekor pulak. Singgah di Wawa Keropok Lekor, Merang. Memang sesi memborong betul gamaknya. Kami makan dan beli sekali.. ada banyak tester.. haha, makan dan makan lagi keropok lekor segar-segar belaka..
On the way ke Kelantan, kami singgah restoran celup-celup di tepi pantai, Beachbox station. Waktu ini hujan turun dengan lebatnya bersama ribut petir.. walau hujan lebat dengan petir berdentum, angin dan ombak laut mengganas, makan celup tepung tetap dipenuhi.. Haha
Bersambung di part 2... bye
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.