Keutamaan Istighfar Yang Kita Kena Tahu. Istighfar adalah bermaksud ampun. Keampunan yang diharapkan daripada Allah SWT. Ia mudah sahaja. Dengan menyebut astaghfirullah... ia dah pun berupa satu harapan, doa dan rayuan kita kepada Allah. Mudah sangat. Kenapa kita tak nak buat? Di mana-mana pun boleh buat. Sebut dalam hati je pun dah besar ganjaran dan fadhilatnya kepada kita. Marilah sama-sama kita mulakan. Jangan bertangguh. Paling sedikit ucapkanlah 100 kali sehari. Kita ada 24 jam sehari, dan menyebut astaghfirullah hanya lah sekelumit dari masa yang kita ada itu. Renungkanlah!!
Keutamaan Istighfar
1. Ia adalah doa yang terbaik
2. Istighfar mendatangkan banyak kebaikan
3. Istighfar menjauhkan azab Allah
4. Istighfar mendatangkan rahmat Allah
5. Istighfar menambahkan kekuatan untuk kebaikan
Cara-cara mengucapkan istighfar
1. Astaghfirullah
2. Astagfirullah wa'a tuu buu ilaih
3. Astagfirullah hal 'adziim, allazi laa ilaaha illahu walhayyul qayyum, wa'a tuu bu ilaih
4. Rabbighfirli watub 'alaiyya, innaka antat tawwaa burrahiim
Istighfar itu mudah. Istighfar itu tenang. Istighfar menghapus dosa-dosa kecil kita kepada Allah SWT. Bila hati dan tubuh sudah sebati dengan istighfar, kita jadi lebih redha dan sentiasa yakin dengan takdir yang diturunkan kepada kita.
Beristighfarlah dalam apa jua keadaan. Kerana masalah juga dapat diselesaikan dengan asbab kita banyak mengingati Allah.
1 Comments
Terima kasih kongsi ilmu...Moga berpanjangan pahalanya.. Aamin
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.