Lunch Asam Pedas Johor Asli Di Hari Minggu. Makan apa hari ni? Ada menu special ke? Hehe.. sempena cuti sekolah, kita gantung kuali di hari minggu. Kita keluar jalan-jalan cari makan. Hehe.. sepakat anak beranak cari asam pedas sedap style Johor. Iaitu asam pedas boleh hirup!
Nak resepi asam pedas asli Johor ke? Boleh klik pada link di bawah..
Jom layan gambar ye..
Asam pedas ikan merah in the house!! Kita ambil sorang satu pot, bahagian kepala untuk Si ayah, isi untuk ibu dan ekor untuk si anak. Jangan gaduh-gaduh, okay 👌
Bahagian ekor ikan merah, agak besar jugak saiznya.. maka harganya pun ikit besar tau.. korang nampak tak kuahnya yang yummy tu. Hirup macam gitu je pun dah sedap.
Lunch Asam Pedas Johor Asli Di Hari Minggu
Set menu yang kami order, 3 pot ikan merah ikut bahagian yang disebut di atas tu..., sambal sotong (sedap sangattt), bendi goreng telur, telur dadar bawang.. dan air.
Air warna warni tapi murah je. Alhamdulillah.. kenyang dan dapat menghilangkan dahaga juga..
Kat Johor ni banyak port asam pedas yang sedap dan asli. Korang google je la. Insya Allah ketemu dengan citarasa dan harga yang sesuai dengan poket kita. Okay 👌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.