PEGANG ERAT-ERAT ANAK KITA DUHAI IBU BAPA!! Dunia sudah semakin tua, entah bila kita semua akan kembali selamanya. Ketika ada masa, ketika masih ada sisa harapan. Peganglah anak kita erat-erat. Pimpin bersama menuju jalan akhir yang diredhai.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”
![Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOxJ056X4vGRLf_my8ZYVNe955iXAo34KH1q0WCpS0sReS2K2T-rHhT-OonMM8IYVcUY4dNInEG-QGeTNoLyzVxhUil3aN-kDYBzbTLbc_XlaYtSImVCaIuMw2iKnTa8Fao3aJxB0t1UH9swQh1zTkhNmAWQgcsy0hcVehiXRYZv9DvXxaZpSFkWSHooA/w400-h335/20231204_092406_0000.png)
Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab, Penyakit-penyakit itu ialah :
1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
-Hadis Riwayat Hakim-
Pegang Erat Anak-Anakmu Wahai Ibu Bapa
Dan yang mampu menyembuhkannya adalah,
Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)." -Surah Ali Imran : 103-
Rasulullah SAW berpesan : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: Al-Quran dan Sunnahku.” -Hadis Riwayat Imam Malik-Dunia hari ini semakin membenarkan apa yang disebut dalam Al-Quran dan hadis tentang hakikat akhir zaman. Bermakna kerja-kerja dakwah kita perlu diperhebat lagi. Bekerja lebih keras lagi. Bukan berputus asa. Dakwah kepada diri, keluarga, anak dan isteri itu yang lebih kritikal. Kemudian sama-samalah kita ajak saudara seislam kita yang lain.
Kerja dakwah bukan tugas asatizah semata tapi tugas kita sebagai seorang yang berikrar dengan kalimah syahadah. Maka sampaikanlah.. Ittaqillah!☝🏻
![](https://www.klikjer.com/members/media/banners/4jbh.gif)
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.